Sunday 3 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013

Pada 30hb Januari 2013 (Rabu) jam 2.30 petang telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bertemakan "Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Manakala ceramah motivasi untuk pelajar Cina dan India bertempat di Dewan Makan ASPURI. Perarakan guru dan pelajar bersama sepanduk mengikut kumpulan (kelab dan persatuan) bermula dari Gelanggang Serbaguna ASPURI hingga ke Dewan Besar SMKIS. Antara aktiviti pada petang tersebut ialah persembahan nasyid dari Cikgu Sabar dan Cikgu Zakwan, puisi, nazam dan pidato daripada pelajar. Tuan pengetua juga telah menyampaikan hadiah kepada kelab dan persatuan yang  telah memenangi pertandingan perbarisan dan sepanduk Maulidur Rasul.